Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah tampil 16 kategori
Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah tampil 16 kategori

Kota Kinabalu: Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah pada 6 Feb depan bakal menampilkan 16 kategori bagi mengiktiraf kecemerlangan atlet yang mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dalam kenyataan memaklumkan Anugerah Tokoh Sukan Negeri juga akan disampaikan pada majlis berprestij yang diadakan dua tahun sekali itu, yang dijangka dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau mengetuai Jawatankuasa Induk Anugerah Sukan Negeri Sabah melakukan kunjungan hormat ke atas Hajiji hari ini untuk menyampaikan jemputan rasmi dan memberi taklimat mengenai majlis itu.
Sementara itu, Hajiji merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada atlet Sabah yang mewakili Kontinjen Malaysia pada Sukan Para Asean ke-13 di Thailand dari 21 hingga 26 Jan lepas.
Pada temasya itu, atlet Sabah berjaya meraih lima pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa dalam acara olahraga; lima emas, lapan perak dan sembilan gangsa bagi acara renang serta satu gangsa dalam acara powerlifting.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Dua lagi gangsa dimenangi bagi acara pingpong serta masing-masing satu perak dan satu gangsa dalam acara boling padang.
Atlet para olahraga Sabah Wong Kar Gee, yang merangkul emas acara lompat jauh lelaki T12, turut mencipta rekod baharu APG dengan lompatan sejauh 6.83 meter.
Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah tampil 16 kategori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.