Maguire anggap Carrick bawa tenaga baharu satukan Man United
Maguire anggap Carrick bawa tenaga baharu satukan Man United

London: Harry Maguire percaya Manchester United berjaya disatukan semula selepas pelantikan Michael Carrick susulan kemenangan bergaya 3-2 ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal di Stadium Emirates, awal pagi semalam.
Gol daripada Bryan Mbeumo, Patrick Dorgu dan Matheus Cunha mengejutkan skuad The Gunners pada pertembungan yang penuh dengan sejarah itu.
Maguire dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sky Sports dan muncul bersama wira kemenangan Cunha, untuk berkongsi pandangan mengenai dua minggu pertama di bawah kendalian Carrick.
“Michael masuk dan beliau sangat cemerlang bersama kami. Beliau membawa tenaga baharu dan kumpulan ini benar-benar disatukan,” kata Maguire.
Kemenangan di gelanggang Arsenal itu hadir seminggu selepas satu lagi kejayaan besar iaitu kemenangan 2-0 pada aksi musuh tetangga menentang Manchester City di Old Trafford.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Cunha dimasukkan sebagai pemain gantian sebelum meledak gol kemenangan pada minit ke-87 menerusi rembatan lencong dari luar kotak penalti, sebelum meraikannya bersama penyokong pelawat.
Menurut Maguire, keupayaan memasukkan pemain Brazil itu dari bangku simpanan menggambarkan kekuatan skuad United, dengan pemain seperti Cunha sentiasa bersedia merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Kami kini memiliki skuad yang lebih besar. Pemain sudah kembali daripada AFCON (Piala Negara-Negara Afrika) dan kami ada pemain seperti Matheus yang masuk sebagai pemain gantian.
“Saya tahu dia mahu bermain, tetapi dia sudah membuat perbezaan dalam dua perlawanan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
“Dia masuk menentang City dan mengubah perlawanan dan hari ini sekali lagi dia menjadi pencetus perbezaan. Ia menunjukkan kualiti serangan dalam skuad kami,” katanya.
Cunha turut mencipta bantuan jaringan kedua United minggu lalu menerusi hantaran lintang yang disudahkan Dorgu.
Walaupun bermula sebagai pemain simpanan dalam kedua-dua perlawanan, Cunha kekal positif dan menegaskan keutamaannya adalah membantu pasukan.
“Saya tahu kualiti dalam kumpulan ini. Semua pemain ada kualiti dan semua mahu bermain,” kata pemain nombor 10 United itu.
“Keputusan paling penting adalah membantu pasukan. Setiap minit yang diberikan, anda perlu berikan segala-galanya untuk pasukan dan rakan sepasukan.
“Saya rasa kami melakukannya dengan baik hari ini.”
Maguire anggap Carrick bawa tenaga baharu satukan Man United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.