Kone terlepas aksi penting lawan Napoli

Kone terlepas aksi penting lawan Napoli

Kone terlepas aksi penting lawan Napoli
KONE (kiri) berkemungkinan tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya selama sebulan. FOTO AFP

Milan: Pemain tengah AS Roma, Manu Kone, dijangka berehat kira-kira sebulan selepas kelab itu mengesahkan pemain kebangsaan Perancis berkenaan mengalami koyakan hamstring.

Roma dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan Kone mengalami koyakan tahap dua pada hamstring kanan, selepas dia terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan seri 1-1 menentang AC Milan, Ahad lalu.

Walaupun Roma tidak menyatakan tempoh sebenar pemain berusia 24 tahun itu akan diketepikan, media Itali melaporkan Kone berkemungkinan tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya selama sebulan.

Situasi itu menyaksikan Kone dijangka terlepas aksi penting Roma menentang juara bertahan Napoli pada 15 Februari depan, dengan Roma kini menghuni tangga ketiga Serie A.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


Bagaimanapun, dia dijangka sempat pulih untuk menyertai Perancis bagi perlawanan persahabatan pra Piala Dunia menentang Brazil dan Colombia pada penghujung Mac.

Perancis bakal beraksi dalam Kumpulan I Piala Dunia bersama Norway, juara Piala Negara-Negara Afrika Senegal, serta satu pasukan pemenang play-off antara konfederasi.

Kone terlepas aksi penting lawan Napoli

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker