Kebakaran tanah gambut: 112 mangsa terjejas, berlindung di dua PPS
Kebakaran tanah gambut: 112 mangsa terjejas, berlindung di dua PPS

JOHOR BAHRU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi bagi menempatkan 112 mangsa terjejas akibat kebakaran tanah gambut seluas kira-kira 12 hektar di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Asman Shah Abd Rahman, berkata kesemua mangsa daripada 39 keluarga itu ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapal.
“Sebanyak 86 orang daripada 27 keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, manakala 26 orang lagi di SK Sungai Kapal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan kebakaran tanah gambut itu merebak daripada 5.26 hektar kepada 12.14 hektar susulan cuaca kering dan berangin, sekali gus membawa asap tebal ke kawasan perumahan.
Bomba sebelum ini memaklumkan pemadaman tidak dapat dilaksanakan di sektor A berikutan punca air jauh serta sumber air terbuka yang terhad, selain kesemua anggota tertumpu di sektor B kerana angin agak kuat dan perebakan lebih aktif di kawasan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Tiupan angin dari arah utara yang berterusan menyebabkan muncul nyalaan baharu di beberapa kawasan, selain asap tebal yang merebak ke kawasan perumahan.
Kebakaran tanah gambut: 112 mangsa terjejas, berlindung di dua PPS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.