Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur! [VIDEO]
“Daddy Dulu Botol Mineral Je..”
Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam.
Kongsi Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol menerusi hantaran di Instagram, turut memaparkan gelagat Wan Maryam yang kelihatan sangat teruja apabila mahukan tumbler sebagai hadiah hari lahirnya
“Dating dengan Yam birthday girl. Excited gila dia bila jumpa tumbler ni. Lain macam taste budak-budak zaman sekarang ni kan?. Zaman daddy sekolah dulu, beli botol air pasar malam je nak. Kene pulak model tu sama macam rambut hmm. Serius la Maryam nak ni?
Akhirnya daddy kena paw hahaha sekali sekala takpe la nak, janji rajin belajar je. Jenuh aku mencari hadiah hari lahir, last-last dia nak ni (tumbler).
Best bila anak-anak dah besar ni. Ada geng boleh borak-borak dan keluar sama-sama.”-kongsi Fizo di Instagram
“Suka Tengok Fizo Omar Layan Anaknya…”
Hantaran Fizo dibanjiri komen-komen netizen yang teruja melihat kegembiraan Wan Maryam menerima hadiah hari lahir kegemarannya, malah ramai yang memuji wajah comel puteri sulung Fizo dengan gaya rambut kerinting.
“Makin besar, makin cantik Maryam 😍.”
“Cantik Maryam dengan rambut kerinting.”
“Gembira dia lain machiam.”
“Suka tengok Fizo layan anaknya. Maryam anak yang cerdik.”
“Dia cantik dengan gaya rambut begitu. Siapa ada geng anak perempuan baya-baya gini, suka kan tengok melaram 😍😍, cara bapa enjoy je. Gitu la bapak.”
Sekadar indo, Wan Maryam merupakan anak sulung hasil perkahwinan Fizo bersama bekas isterinya, Mawar Karim yang dilahirkan pada Disember 2017.
Fizo kemudian mendirikan rumah tangga bersama Fazeera Nazri Azrai pada Oktober 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, Wan Umaira, dan Maliki.
Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.