Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah

Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah

Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah

GERIK, 26 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa menyantuni rakyat di sekitar Parlimen Gerik menerusi pelbagai program kemasyarakatan yang berlangsung dari pagi hingga ke malam, hujung minggu lalu.

Ujarnya, walaupun bukan Ahli Parlimen dan tidak mempunyai peruntukan kawasan, beliau tetap berusaha membantu rakyat dengan menghubungkan permohonan dan permasalahan setempat kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

“Saya bukan Ahli Parlimen yang ada peruntukan kawasan, tetapi sekurang-kurangnya saya cuba membantu dengan memanjangkan permohonan rakyat kepada pihak yang mempunyai autoriti. Kadangkala sedikit usaha untuk meminta bantuan dan membuat susulan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Program dimulakan dengan Program Jom Masuk Uni anjuran MARA bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gerik di Kolej Vokasional Gerik, bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Jong yang bergotong-royong menyediakan jamuan makan tengah hari kepada para peserta dan tetamu.

Seterusnya, Dr Asyraf Wajdi menghadiri beberapa majlis perkahwinan di Kampung Bagan Baru dan Kampung Plang sebelum menyertai Majlis Mesra Rakyat serta penyerahan bakul makanan bersama penduduk Kampung Air Suda di Surau Kampung Air Suda.

“Saya amat gembira dapat bertanya khabar dan beramah mesra dengan penduduk setempat yang sangat ramah dan bersahaja. Inilah kekuatan sebenar masyarakat kita,” ujarnya.

Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah

Beliau juga menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Gerik di Pusat KRT Batu 2, melibatkan penyampaian sumbangan kepada kesemua 13 KRT.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


Menjelang petang hingga malam, beliau meluangkan masa bersama masyarakat Felda Bersia, menziarahi penduduk yang ditimpa musibah, menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau Felda Peringkat 1, serta meninjau persiapan majlis walimatulurus di Kampung Bongor.

Program seharian itu diakhiri dengan sesi santai BBQ bersama penduduk Kampung Bongor di kediaman Pak Tam Jali.

“Sepanjang hari ini, saya dapat merasakan jalinan ukhuwah yang erat serta kebersamaan yang sederhana tetapi penuh makna. Semoga ukhuwah ini terus kekal selamanya,” katanya lagi. – UMNO Online

Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

 

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker