Alaves sahkan CAS beri pelepasan sementara buat Garces

Alaves sahkan CAS beri pelepasan sementara buat Garces

Alaves sahkan CAS beri pelepasan sementara buat Garces
CAS memberi pelepasan sementara kepada Garces kembali menjalankan aktiviti berkaitan bola sepak. FOTO MALAYSIA NT

Kuala Lumpur: Kelab La Liga, Deportivo Alaves mengesahkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sudah memberikan pelepasan sementara kepada pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces, sekali gus membolehkan pemain pertahanan itu kembali menjalankan aktiviti berkaitan bola sepak sementara proses rayuannya masih berjalan.

Dalam satu kenyataan rasmi, kelab Sepanyol itu memaklumkan CAS menerima permohonan Garces untuk penggantungan sementara ketika proses rayuan terhadap hukuman yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berjalan.

Kes berkenaan membabitkan penggantungan selama 12 bulan yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada 25 September 2025, sebelum keputusan itu dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA pada 3 November 2025.

Menurut resolusi CAS, hukuman penggantungan 12 bulan yang meliputi semua aktiviti berkaitan bola sepak itu digantung sementara, bermakna ia tidak akan dikuatkuasakan selagi CAS meneliti merit penuh rayuan berkenaan

CAS turut menegaskan langkah interim itu tidak menjejaskan keputusan muktamad yang akan dibuat pada peringkat seterusnya selepas prosiding penuh dijalankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


“Dalam tempoh sementara ini, Garces dibenarkan melaksanakan tugas profesionalnya seperti biasa.

“Sehubungan itu, Deportivo Alaves mengesahkan pemain berkenaan akan kembali menyertai sesi latihan pasukan dengan serta-merta,” menurut kenyataan Alaves di laman web rasmi kelab itu.

Bagaimanapun, kelab tidak memberikan sebarang garis masa mengenai bila keputusan muktamad CAS dijangka diumumkan, dengan perkembangan lanjut bergantung kepada hasil penilaian rayuan substantif berkenaan.

Terdahulu, FAM mengesahkan CAS menerima permohonan tujuh pemain skuad Harimau Malaya menangguhkan keputusan penggantungan 12 bulan yang dikenakan FIFA terhadap mereka.

Menerusi kenyataan media FAM tengah malam tadi, tujuh pemain iaitu Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel mengemukakan Penangguhan Pelaksanaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Susulan itu, mereka dibenarkan meneruskan karier masing-masing serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.

Sebelum ini, imej FAM tercalar di mata dunia apabila FIFA mengenakan denda dan penggantungan kepada tujuh pemain berkenaan yang didakwa memalsukan dokumen kelahiran dan susur galur untuk mewakili Malaysia.

Mereka dikenakan tindakan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selama 12 bulan bermula September tahun lalu.

Selain penggantungan selama 12 bulan dan denda ke atas pemain, FAM turut didenda sejumlah CHF350,000 (RM1.8 juta), manakala setiap pemain pula didenda CHF2,000 (RM10,000).

Alaves sahkan CAS beri pelepasan sementara buat Garces


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker