Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”
Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita.
Dalam perkongsiannya, Adam menasihati golongan wanita untuk lebih berhati-hati dalam meluahkan masalah peribadi, terutamanya menerusi mesej peribadi kepada selebriti, pempengaruh atau pendakwah berlainan jantina.
Menurut Adam, individu tersebut bukanlah pihak yang sesuai untuk mendengar luahan masalah memberikan pandangan. Walaupun berniat hanya mahu meluahkan perasaan dan masalah, namun situasi tersebut boleh menimbulkan salah faham dan penyalahgunaan kepercayaan.
“Jik cik-cik/ puan-puan sedang ada masalah, sebaiknya elakkan daripada DM (mesej langsung) atau PM (mesej peribadi) artis lelaki, influencer lelaki atau ustaz lelaki untuk meluahkan perasaan dan masalah.
Mungkin niat kita sekadar ingin berkongsi atau mencari pandangan, tetapi hakikatnya mereka bukan pihak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi kita.”
Pada masa yang sama, pelakon itu juga menasihatkan agar individu yang berdepan dengan masalah memilih untuk berkongsi dengan individu sama jantina seperti rakan rapat atau ahli keluarga yang dipercayai.
“Lebih baik kita bercerita dengan rakan sejenis atau individu yang benar-benar dipercayai. Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku. Kita perlu berhati-hati agar tidak timbul salah faham, niat yang tidak baik, atau perkara yang boleh membawa kepada situasi di luar kawalan. Orang ambil kesempatan pun ramai.”
Tujuannya adalah untuk mengelak daripada fitnah atau situasi di luar kawalan. Adam Corrie turut menekankan bahawa tidak semua orang mempunyai niat yang baik dan ada pihak yang mungkin mengambil kesempatan atas situasi tersebut.
Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.