3 pemandu lori tangki kebas diesel, ganti air
3 pemandu lori tangki kebas diesel, ganti air

BANGKOK – Tiga pemandu treler mencuri diesel bernilai lebih 3.6 juta baht (RM460,000) dengan cara menggantikanya dengan air sebelum dihantar ke sebuah kapal di Thailand, lapor portal Thairath hari ini.
Ketiga-tiga pemandu itu kemudian melarikan diri.
Polis Sattahip sedang memburu mereka dengan memeriksa koordinat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) lori tersebut bagi mencari sebarang perhentian mencurigakan sepanjang perjalanannya.
Wartawan mendapat maklumat kejadian malam kelmarin selepas pengurus sebuah syarikat pengangkutan produk petroleum, Thanaporn Udomrattanakulchai membuat laporan polis.
Laporan di Balai Polis Sattahip itu meminta pihak berkuasa menyiasat tiga pemandu itu kerana mengalihkan diesel darpadai lori masing-masing dan menggantikannya dengan air.
Pemeriksaan mendapati setiap treler membawa 42,000 liter diesel, menjadikan jumlah keseluruhan 126,000 liter.
Nilai diesel bagi setiap treler adalah 1,218,000 baht (RM156,000), dengan jumlah kerugian melebihi 3,654,000 baht (RM467,000). – AGENSI
3 pemandu lori tangki kebas diesel, ganti air
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.