Yusri akur Imigresen tewas dengan pasukan lebih baik
Yusri akur Imigresen tewas dengan pasukan lebih baik

Seremban: Pengendali Imigresen FC, Yusri Che Lah mengakui keputusan diperoleh tersasar daripada apa yang diharapkan namun akur dengan kegagalan pasukannya melepasi halangan apabila tewas tipis 0-1, kepada Negeri Sembilan FC (NSFC), pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik saingan Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Menurutnya, walaupun anak buahnya berjaya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tempoh perlawanan, namun kegagalan memanfaatkan peluang jaringan menjejaskan impian untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
“Walaupun kita tewas, pemain menunjukan karakter, komitmen dan disiplin yang baik, malah malam ini (malam semalam) antara aksi terbaik berbanding sebelum ini apabila sehingga minit ke-95 (tambahan masa 5 minit) mereka masih berada dalam kawasan Negeri Sembilan untuk berusaha mendapatkan gol penyamaan.
“Kami dikenakan penalti di akhir separuh masa pertama, tapi berjaya menggagalkan jaringan tersebut. Kita cuba mengekang setiap asakan Negeri Sembilan, namun jaringan tunggal perlawanan, membezakan kita dengan pasukan lawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Penyerang Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsudin muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-61, sekali gus membawa pasukan itu mara ke suku akhir dan akan bertemu Selangor FC.
Dalam pada itu, Yusri akui keputusan perlawanan mungkin berbeza selepas Mohamad Fayadh Zulkifli Amin berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63, namun jaringan itu tidak dikira susulan dia dikatakan berada dalam kedudukan offside.
Yusri akur Imigresen tewas dengan pasukan lebih baik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.