Wanita miliki dua rahim

Wanita miliki dua rahim

Wanita miliki dua rahim
GAMBAR fail Ellie Curran. – Foto Ellie Curran/SWNS

BELFAST – Seorang gadis dari Ireland Utara menghidap satu keadaan ginekologi jarang berlaku, yang menyaksikan dia mempunyai dua rahim, lapor akhbar Metro UK semalam.

Perkara itu disedari semasa Ellie Curran menjalani pembedahan membuang apendiks pada usia 18 tahun.

“(Doktor) menyatakan bahawa saya mempunyai dua rahim tetapi tidak menjelaskan dengan terperinci ketika apendiks saya dibuang,” jelas Ellie, seorang pekerja pusat panggilan dari Derry.

“Mereka sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku. Disebabkan saya masih muda, saya rasa mereka memandang remeh perkara ini. Saya bergelut dengan masalah haid sejak itu,” tambahnya.

Walaupun keadaan itu pada awalnya dikesan oleh doktor, Ellie dibiarkan meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Kesakitan melampau yang dialaminya mula menjejaskan pekerjaannya apabila dia amat kerap ke tandas semasa datang haid.

Ellie yang kini berusia 21 tahun, berada dalam senarai menunggu untuk menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan akan menghadiri temu janji susulan pada Mei tahun ini bagi membincangkan pelan rawatan. – AGENSI

Wanita miliki dua rahim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker