Trump guna senjata rahsia ‘discombobulator’ tangkap Maduro
Trump guna senjata rahsia ‘discombobulator’ tangkap Maduro

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyatakan bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan senjata rahsia baharu untuk melumpuhkan sistem pertahanan udara Venezuela semasa serbuan dilakukan di Caracas yang membawa kepada penculikan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, lapor laman berita RT semalam.
Pada 3 Januari lalu, komando AS menculik Maduro dari kompleksnya tanpa mengalami sebarang kecederaan atau kehilangan satu pun pesawat.
Pentagon berkata, lebih 150 pesawat dan helikopter mengambil bahagian dalam operasi tersebut.
Dalam satu temu bual dengan akhbar New York Post yang diterbitkan kelmarin, Trump berkata, senjata misteri itu telah menyebabkan peralatan (musuh) tidak berfungsi.
‘Discombobulator. Saya tidak dibenarkan bercakap mengenainya,” kata Trump.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
“Mereka (Venezuela) tidak pernah mematikan roket mereka. Mereka mempunyai roket Russia dan China, serta tidak pernah mematikannya. Kami masuk, mereka menekan butang dan tiada apa yang berfungsi,” tambahnya.
Tujuh anggota perkhidmatan AS dilaporkan cedera dalam serbuan itu, manakala sebuah helikopter rosak tetapi masih beroperasi.
Pelbagai laporan mencadangkan bahawa AS mungkin telah menggunakan teknologi ‘jamming’ untuk melumpuhkan sistem radar atau memaksa ia mendedahkan dirinya.
Maduro dan isterinya, Cilia Flores, mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengedaran dadah dan senjata apabila mereka dihadapkan ke hadapan hakim New York. – AGENSI
Trump guna senjata rahsia ‘discombobulator’ tangkap Maduro
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.