Tekanan akhirnya terlerai, Madison akur tewas kepada rakan baik Pegula
Tekanan akhirnya terlerai, Madison akur tewas kepada rakan baik Pegula

Melbourne: Madison Keys mengakui dia tetap bangga dengan pencapaiannya walaupun kempen mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia berakhir selepas tewas kepada rakan baiknya, Jessica Pegula pada pusingan 16 terakhir pagi tadi.
Jessica menundukkan juara bertahan itu 6-3, 6-4 dalam cuaca panas terik di Melbourne Park, sekali gus menyingkirkan rakan senegara dari Amerika Syarikat (AS) itu daripada kejohanan.
Madison, yang mengejutkan pemain nombor satu dunia Aryna Sabalenka pada final tahun lalu, melakukan 27 kesalahan tidak sepatutnya berbanding 17 milik Pegula, selain melakukan enam kesalahan servis kesalahan berganda.
“Sudah tentu ini bukan pengakhiran yang saya harapkan di sini, tetapi saya tetap bangga dengan diri sendiri.
“Hadir sebagai juara bertahan dengan segala tekanan dan debaran tambahan, saya rasa saya mengendalikannya dengan baik dan itu sesuatu yang saya hargai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Madison dan Jessica bukan sahaja akrab di luar gelanggang, malah turut mengendalikan sebuah audio siar tenis bersama.
Madison turut berharap Jessica mampu meneruskan kemaraan dan memenangi gelaran Grand Slam pertamanya.
Dia mengakui Jessica lebih menguasai perlawanan hampir sejak awal, selain berjaya mengawal tempo permainan.
“Ini bukan pengakhiran dunia hanya kerana saya tewas hari ini,” kata Madison yang gagal memenangi sebarang kejohanan lain sejak menjulang gelaran di Melbourne 12 bulan lalu.
“Saya masih ada 11 bulan lagi musim ini dan banyak perkara positif yang boleh dibanggakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
- PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
“Saya akan terus bekerja keras, mencuba perkara baharu dan mengaplikasikannya pada kejohanan seterusnya,” katanya.
Pilihan keenam Jessica akan bertemu sama ada pilihan keempat dari AS, Amanda Anisimova atau pemain China, Wang Xinyu pada suku akhir.
Tekanan akhirnya terlerai, Madison akur tewas kepada rakan baik Pegula
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.