Sudah mati pun pejabat hantar mesej pasal kerja

Sudah mati pun pejabat hantar mesej pasal kerja

Sudah mati pun pejabat hantar mesej pasal kerja
GAMBAR fail menunjukkan beberapa aplikasi pada sebuah telefon bimbit di Beijing. – Foto AFP

BEIJING – Lapan jam selepas seorang lelaki, Gao Guanghui meninggal dunia di rumah, telefon bimbitnya masih bergetar dengan mesej kerja, lapor portal berita VnExpress semalam.

Seorang rakan sekerjanya menghantar mesej teks: “Ada kerja mendesak pada hari Isnin. Tolong selesaikan ini.”

Kematian mengejut Gao, seorang pengurus jabatan perisian berusia 32 tahun di sebuah syarikat teknologi besar di Guangzhou, telah mencetuskan perdebatan awam di China mengenai beban kerja melampau dan sistem gaji berasaskan prestasi dalam industri teknologi.

Pada 29 November tahun lalu, Gao rebah di rumah, manakala doktor kecemasan kemudian merekodkan bahawa dia kerap berjaga lewat malam dan menghadapi beban kerja berlebihan serta tekanan tinggi.

Menurut isteri Gao yang mahu dikenali dengan nama keluarga Yang, kebimbangan pertama dia ketika tidak sedarkan diri bukan kesihatan, tetapi pekerjaannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


“Ingat untuk bawa komputer riba saya,” kata Gao kepada isterinya, lapor portal berita The Paper.

Ketika doktor melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) pada pukul 10.48 pagi (waktu tempatan), akaun kerja Gao telah dimasukkan oleh rakan sekerja ke dalam satu kumpulan sembang teknikal baharu.

Biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Daerah Huangpu di Guangzhou mengesahkan bahawa ia menerima kes tersebut dan sedang menjalankan siasatan. – AGENSI

Sudah mati pun pejabat hantar mesej pasal kerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker