Selepas tebus kecewa, Perameswary tekad gegar temasya 2027
Selepas tebus kecewa, Perameswary tekad gegar temasya 2027

Kuala Lumpur: Perjalanan hidup atlet para menembak negara, K Perameswary membuktikan kegagalan bukan noktah, sebaliknya laluan berliku menuju kejayaan yang tidak pernah dibayangkan.
Selepas melalui episod kecewa demi kecewa dalam karier sukan sebelum ini, Perameswary akhirnya mencipta detik paling bermakna dalam hidupnya apabila meraih pingat emas acara menembak 10 meter wanita Air Rifle Standing (SH1) pada temasya Sukan Para Asean (APG) Thailand 2025, Khamis lalu.
Lebih manis, kejayaan itu hadir pada penampilan sulungnya di pentas APG, sesuatu yang masih sukar dipercayai atlet berusia 37 tahun itu, apatah lagi selepas gagal memenangi sebarang pingat dalam tiga edisi Sukan Para Malaysia (Para Sukma) ketika mewakili Melaka dalam acara tenpin boling di Sarawak 2024, Kuala Lumpur 2022 dan Perak 2018.
“Sampai sekarang saya masih rasa macam bermimpi. Saya sendiri tak sangka boleh pergi ke Sukan Para Asean, apatah lagi menang emas. Sasaran saya sebelum bertanding cuma gangsa,” katanya ketika dihubungi.
Perameswary pada asalnya aktif dalam beberapa cabang sukan termasuk tenis, badminton dan lawan pedang sebelum menumpukan perhatian kepada tenpin boling.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Namun, impiannya dalam sukan itu terhenti apabila dia mula mengalami rasa kesakitan termasuk di bahagian belakang yang memaksanya mencari haluan baharu.
Keputusan mencuba nasib dalam sukan menembak menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya apabila dia diterima menyertai program latihan sepenuh masa di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) bermula Februari tahun lalu.
Tidak sampai setahun, hasil kerja keras dan disiplin tinggi membuahkan hasil luar biasa apabila Perameswary berdiri megah di podium tertinggi di bumi Thailand.
“Sebelum ini setiap kali masuk kejohanan termasuk Sukma, saya asyik kalah. “Jadi bila menang kali ini, perasaan itu susah nak digambarkan. Saya memang tak percaya,” katanya.
Dilahirkan sempurna, Perameswary berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas disahkan mempunyai ketumbuhan tulang belakang ketika usia belasan tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
- PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
Walaupun pembedahan yang dijalani 16 tahun lalu untuk merawat kesakitan itu berjaya, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak sejak itu.
Dalam final penuh debaran Khamis lalu, Perameswary mempamerkan ketenangan luar biasa apabila mengumpul 244 mata menewaskan atlet berpengalaman tuan rumah, Chutima Saenlar, yang juga bekas peserta Sukan Paralimpik (238.2 mata), sekali gus menghadiahkan emas berharga buat Malaysia.
Gangsa menjadi milik atlet Indonesia, Bulan Karunia Rudianti yang meraih 218.1 mata.
“Memang sangat gementar, sampai berpeluh-peluh. Tapi saya hanya fokus pada apa yang jurulatih ajar semasa latihan, kawal diri dan beri sepenuh tumpuan. Akhirnya saya berjaya,” katanya.
Ditanya apakah yang mendorongnya untuk tidak pernah mengenal erti berputus asa meskipun sudah kerap menelan pahit kegagalan, Perameswary mempunyai jawapan tersendiri.
Saya sentiasa ada keyakinan pada diri sendiri yang saya boleh capai untuk dapatkan pingat emas.
“Sukan menembak ini sangat sesuai dengan keadaan saya berbanding sukan lain yang pernah saya cuba sebelum ini.
“Ada juga rasa sakit terutama pada bahagian tangan dan ada rasa kebas. Tetapi apabila sudah banyak berlatih, badan akan mula terbiasa,” katanya.
Kini, selepas merasai nikmat kejayaan, Perameswary memasang impian lebih besar dengan menyasarkan untuk menambah koleksi pingat emas apabila Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwi tahunan itu pada 2027.
“Selain acara ini, saya turut sertai dua acara lain. Sasaran saya pada 2027 nanti adalah untuk menang emas dalam semua acara saya sertai,” katanya.
Selepas tebus kecewa, Perameswary tekad gegar temasya 2027
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.