Selepas lama bergelut, Sze Fei-Izzuddin akhirnya tersenyum

Selepas lama bergelut, Sze Fei-Izzuddin akhirnya tersenyum

Selepas lama bergelut, Sze Fei-Izzuddin akhirnya tersenyum
FEIDIN muncul juara Masters Indonesia selepas menewaskan gandingan tuan rumah. -FOTO AFP

Kuala Lumpur: Beregu profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani mengakui berasa lega apabila gandingannya bersama Goh Sze Fei akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan dengan muncul juara Masters Indonesia, semalam.

Meskipun beraksi di hadapan ribuan penyokong setia tuan rumah yang memenuhi Istora Senayan, Sze Fei-Izzuddin mempamerkan aksi bertenaga sebelum mengesahkan kemenangan straight set ke atas wakil tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-19, 21-13 dalam tempoh 37 minit.

Izzuddin berkata, kejayaan berkenaan cukup bermakna selepas mereka melalui tempoh sukar agak lama, sekali gus menyuntik semula keyakinan untuk memburu lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Kali terakhir gandingan yang menduduki ranking kesembilan dunia itu meraih gelaran adalah ketika menjuarai Terbuka India, Januari tahun lalu.

“Sasaran kami seterusnya adalah untuk kekalkan prestasi ini dan terus berada di kedudukan teratas,” katanya.

Sementara itu, Sze Fei mengakui beraksi di Istora Senayan bukan tugas mudah, apatah lagi apabila berdepan pasangan tuan rumah di pentas final yang disokong penuh oleh penyokong sendiri.

“Saya rasa memang sangat tertekan bermain menentang ‘seluruh’ Istora, tapi suasananya sangat luar biasa dan terima kasih atas semua sokongan,” katanya.

Kejuaraan berkenaan adalah gelaran sulung buat Sze Fei-Izzuddin tahun ini, sekali gus menebus kekecewaan dua kejohanan terdahulu apabila mereka tersingkir seawal pusingan kedua Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Kejayaan itu turut menyaksikan Malaysia mengekalkan kejuaraan beregu lelaki pada kejohanan bertaraf Super 500 itu selepas gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara edisi tahun lalu.

Selepas lama bergelut, Sze Fei-Izzuddin akhirnya tersenyum


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker