Ribut salji acam lebih 200 juta penduduk AS, puluhan ribu penerbangan terjejas
Ribut salji acam lebih 200 juta penduduk AS, puluhan ribu penerbangan terjejas

HOUSTON, Texas – Ribut musim sejuk menuju timur laut Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas melanda sebahagian besar AS,mengancam ratusan juta penduduk dengan gangguan bekalan elektrik, kekacauan pengangkutan dan kesejukan ekstrem.
Selepas membadai barat daya dan tengah AS, ribut mula melanda negeri-negeri menghadap Lautan Atlantik yang padat dengan penduduk ketika salji dan ais meliputi sebahagian besar negara itu
“Salji dan hujan batu akan berlarutan hingga minggu depan, menjadikan permukaan berais dan berbahaya untuk pengguna jalan raya,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).
Salji dilaporkan meliputi seluruh bahagian tengah AS termasuk Kansas, Oklahoma dan Missouri, kata NWS.
Setiausaha Pengangkutan Sean Duffy memberi amaran bahawa sehingga 240 juta rakyat Amerika boleh terjejas oleh ribut itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Sekurang-kurangnya 20 negeri dan ibu negara AS, Washington mengisytiharkan keadaan darurat.
“Orang ramai perlu mengambil serius ribut ini,” kata NWS di laman X.
Kira-kira 14,000 penerbangan masuk dan keluar dari AS dibatalkan sepanjang hujung minggu ini, manakala ribuan lagi ditangguhkan, demikian menurut laman web pengesan penerbangan, FlightAware.
Lebih 180,000 pengguna pula terputus bekalan elektrik setakat pagi tadi termasuk 45,000 di Texas dan 67,000 di negeri Louisiana. – AFP
Ribut salji acam lebih 200 juta penduduk AS, puluhan ribu penerbangan terjejas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.