Perak FA tekad gegar Piala Cabaran
Perak FA tekad gegar Piala Cabaran

Kuala Lumpur: Selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia, Perak FA kini memberi tumpuan kepada Piala Cabaran dengan sasaran untuk mara lebih jauh dalam kejohanan itu.
Jurulatih Perak FA, Syamsul Saad yakin anak buahnya mampu mencipta sesuatu dalam Piala Cabaran selepas beraksi cemerlang pada pusingan 16 Piala Malaysia biarpun tewas kepada Kuala Lumpur City FC.
Jelasnya, pengalaman beraksi di Piala Malaysia dan hampir mencipta kejutan pasti memberi motivasi buat barisan pemain muda Perak FA sekali gus membuka peluang untuk mereka muncul sebagai pasukan lebih baik pada masa hadapan.
“Saya ada berbincang dengan pemain dan sebenarnya melihat laluan lebih baik menerusi Piala Cabaran. Namun semangat Piala Malaysia yang dirasai pemain sebaik turun beraksi di hadapan penyokong membuatkan pasukan tampil berjuang habis-habisan. Kemenangan 2-0 pada pusingan pertama turut menyemarakkan lagi motivasi pasukan untuk terus mara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
“Sebab kami sudah merasai bermain di Piala Malaysia buat pertama kali, kini kami beri peluang pula untuk beraksi dalam Piala Cabaran. Dengan Piala Cabaran ini, saya harap kami boleh pergi lebih jauh,” katanya.
Selain itu, beliau turut terharu dengan barisan pemain muda yang tetap mempamerkan semangat juang tinggi serta memberi saingan kepada pasukan lebih berpengalaman yang dibarisi pemain import terbaik Liga Malaysia.
“Itulah antara perkara paling saya hargai iaitu semangat pemain-pemain ini walaupun mereka masih muda. Alhamdulillah, sejak awal pembentukan pasukan, saya sudah meletakkan syarat sebegitu dan pihak pengurusan menerimanya kerana kami sedar kekangan bajet.
“Jadi kami membentuk skuad gabungan pemain bawah 21 dan bawah 23 tahun, dan Alhamdulillah perkara itu dipersetujui. Saya yakin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, pemain-pemain ini mampu pergi lebih jauh dan diharapkan bersama pasukan kami,” katanya.
Selepas ini, Perak FA akan menentang UM-Damansara United pada suku akhir Piala Cabaran dan sekiranya mara ke separuh akhir, mereka bakal berdepan sama ada Sabah FC atau PDRM FC.
Perak FA tekad gegar Piala Cabaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.