Penglibatan wakil AFC dalam Kongres FAM langkah tepat

Penglibatan wakil AFC dalam Kongres FAM langkah tepat

Penglibatan wakil AFC dalam Kongres FAM langkah tepat
Penglibatan wakil AFC dalam Kongres FAM langkah tepat

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, dengan situasi melanda FAM ketika ini termasuk kes melibatkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sudah pasti perjalanan proses itu perlu dilaksanakan secara lebih adil bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.

Selain AFC, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) juga boleh terlibat secara langsung bagi memastikan semua agenda berjalan mengikut prosedur yang betul. Sekiranya masih timbul isu sedemikian, kepercayaan terhadap FAM pasti akan terhakis dan keadaan akan menjadi lebih rumit.

“Saya rasa memang patut ada pihak luar sebagai pemerhati untuk proses pemilihan ini, terutama dengan isu yang berlaku sekarang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa pemantauan pihak luar, banyak perkara boleh berlaku, termasuk tohmahan serta persepsi negatif.

“Dalam keadaan sekarang, jika benar-benar ada niat untuk melaksanakan proses yang telus, tidak perlu tunggu dicadangkan, sebaliknya pihak berkaitan sendiri perlu mengundang pemerhati luar. Saya melihat dalam isu seperti ini, lebih baik Pesuruhjaya Sukan turut memainkan peranan untuk hadir semasa pemilihan. Itu adalah langkah yang lebih baik. Jika tidak, proses ini akan berakhir dengan pelbagai dakwaan sekiranya ia tidak dilaksanakan secara telus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


“Jika proses peletakan jawatan dan pemilihan semula berlaku seperti didakwa sebelum ini, perkara itu mudah dikesan oleh badan luar termasuk AFC dan Pesuruhjaya Sukan. Justeru, jika isu sebegini hanya ditangani secara dalaman, ia berisiko menimbulkan persepsi dan jangkaan negatif yang akhirnya menjadi kenyataan,” katanya kepada Arena Metro.

Untuk rekod, pada pemilihan lalu, media melaporkan Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Datuk Jeffery Low Han meluahkan kekecewaan berhubung isu penipuan borang pencalonan yang diserahkan wakil MCFA kepada Jawatankuasa Pemilihan FAM menjelang Kongres Pemilihan FAM pada 15 Februari 2025.

Pada perkembangan sama, Pekan turut berharap proses pemilihan calon dapat dilaksanakan secara telus dan tidak berlaku pertindihan seperti sebelum ini kerana situasi itu dilihat seolah-olah wujud agenda tertentu yang telah diatur.

“Ketelusan dalam proses penamaan calon oleh ahli gabungan amat penting. Ia perlu bersih dan mematuhi peraturan sepenuhnya termasuk bila pencalonan boleh dibuat, siapa yang layak dicalonkan serta kepada siapa borang perlu dihantar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


“Proses itu mesti betul dari awal. Jika perkara asas seperti ini pun tidak mampu diuruskan dengan baik, kehadiran FIFA pada hari pemilihan sekalipun tidak akan memberi sebarang makna kerana masalah sama akan tetap berulang,” katanya.

Semalam, Arena Metro melaporkan bahawa cadangan memohon bantuan AFC untuk bertindak sebagai badan pemantau dalam Kongres Pemilihan FAM bukan satu kesalahan kerana Artikel 26(5) Statut FAM membenarkan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) berbuat demikian.

Difahamkan, Exco FAM akan meletakkan jawatan secara berjemaah minggu ini dengan tujuan utama bagi mengelakkan FAM digantung oleh FIFA susulan isu kelemahan urus tadbir serta dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain Harimau Malaya.

Penglibatan wakil AFC dalam Kongres FAM langkah tepat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker