Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Ketua UMNO Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman berkata, perbincangan serta perancangan terus diatur dalam usaha menyediakan pelbagai bentuk program untuk masyarakat setempat.
Menurut beliau, perbincangan tersebut amat penting bagi memastikan setiap program yang dirancang memberi manfaat terus kepada masyarakat, khususnya penduduk di kawasan Parlimen Kuala Kangsar.
“Hari ini saya ambil kesempatan berbincang dan bertanya pandangan dengan sahabat-sahabat yang sempat singgah ke Pusat Khidmat saya. Banyak cadangan dan idea bernas yang telah dikongsikan, dan saya ambil maklum semuanya,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Jelasnya, setiap program yang dirancang akan dilaksanakan dengan perancangan rapi supaya benar-benar mencapai matlamat membantu rakyat.
“Insya-Allah, kita akan rancang dengan baik dan laksanakan sebaik mungkin agar manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
- PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
Dalam pada itu,Maslin turut memaklumkan bahawa pada Selasa, pihaknya dengan kerjasama Pejabat Exco Pertanian akan menganjurkan Program Jelajah Agro Sejahtera yang bertujuan memperkukuh sektor pertanian setempat serta memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat dan peluang dalam bidang berkenaan.
Menariknya, dalam program tersebut turut akan diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 200 lagi pelajar terpilih. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 800 pelajar di kawasan Kuala Kangsar yang telah menerima manfaat bantuan tersebut setakat ini.
“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga pelajar menjelang sesi persekolahan baharu. Ini juga sebahagian daripada usaha kita membantu rakyat secara berterusan,” tambahnya.
Datuk Maslin menegaskan bahawa UMNO Kuala Kangsar akan terus komited melaksanakan pelbagai program berbentuk kebajikan, keusahawanan dan pembangunan komuniti bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.
“Kita mahu setiap inisiatif yang dilakukan bukan sahaja membantu untuk jangka pendek, tetapi juga menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan kemajuan jangka panjang buat masyarakat Kuala Kangsar,” katanya.- UMNO Online
Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.