Mayat tanpa kepala dalam tong sampah

Mayat tanpa kepala dalam tong sampah

Mayat tanpa kepala dalam tong sampah
GAMBAR fail 13 September 2023 menunjukkan penunjuk perasaan berkumpul di Istanbul untuk membantah pembunuhan wanita. – AFP

ISTANBUL – Mayat tanpa seorang wanita yang kakinya juga dipotong, ditemui dalam sebuah tong sampah di Istanbul, lapor media Turkiye dengan pembunuhan kejam itu mencetuskan kemarahan kumpulan-kumpulan hak wanita.

Mayat mangsa dibalut dengan cadar dan dibuang ke dalam tong sampah di daerah Sisli. Ia ditemukan oleh seorang pengumpul kertas ketika keluar mencari barang kitar semula semalam, kata agensi berita DHA.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai warganegara Uzbekistan berusia 37 tahun.

Polis tidak segera menemui kepala atau kaki mangsa tetapi semasa meninjau sistem televisyen litar tertutup(CCTV) lokasi kejadian, mereka melihat dua lelaki membuang beg pakaian di tong sampah berbeza. Polis belum mengesahkan penemuan di tong sampah kedua.

Beberapa jam kemudian, polis menahan dua suspek, juga warganegara Uzbekistan di Lapangan Terbang Istanbul ketika mereka cuba meninggalkan Turkiye, kata DHA. Pihak berkuasa kemudian menahan suspek ketiga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Sementara itu, kumpulan-kumpulan hak wanita menyuarakan rasa marah dan menyeru protes diadakan di Istanbul dan Ankara pada pukul 4 petang(waktu tempatan) bagi menuntut tindakan terhadap pembunuhan wanita.

“Kami belum tahu nama wanita yang dibunuh tetapi kami pasti jenayah ini berlaku kerana keganasan lelaki!” kata kumpulan hak wanita, Feminists Against Femicide di laman X.

Turkiye tidak mengumpulkan data rasmi mengenai pembunuhan wanita dengan tugas itu dilakukan oleh pertubuhan wanita berdasarkan laporan akhbar.

Angka dikumpulkan oleh pertubuhan We Will Stop Femicides menunjukkan pada tahun 2025, seramai 294 wanita dibunuh oleh lelaki dan 297 wanita lagi ditemui mati dalam keadaan yang mencurigakan di Turkiye. – AFP

Mayat tanpa kepala dalam tong sampah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker