Mahkamah arah isteri minta maaf kepada suami

Mahkamah arah isteri minta maaf kepada suami

Mahkamah arah isteri minta maaf kepada suami
GAMBAR fail sebuah mahkamah di Beijing. – Foto AFP

BEIJING – Sebuah mahkamah mengarahkan seorang wanita mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka selama 15 hari berturut-turut berhubung beberapa hantaran berbaur sindiran di media sosial yang ditujukan kepada suaminya, lapor portal berita Gulf News hari ini

Hantaran tersebut didapati telah mencemarkan reputasi lelaki itu.

Kes itu berlaku selepas wanita berkenaan berkongsi di internet yang mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit.Wanita itu juga mendedahkan maklumat berkaitan tempat kerja dan kehidupan peribadi suaminya.

Menurut portal South China Morning Post, wanita itu dikenali sebagai Niu Na dari wilayah Henan diarahkan memadam semua hantaran berkenaan dan menerbitkan permohonan maaf di internet dengan kandungannya tertakluk kepada semakan mahkamah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Alasan mahkamah, seperti yang dilaporkan, ialah walaupun wujud salah laku peribadi, ia tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mencemarkan reputasi seseorang melalui pendedahan di media sosial.

Kisah itu kemudian tersebar di media sosial China dengan permohonan maaf menjadi tumpuan perbincangan, terutamanya apabila video wanita tersebut mendapat perhatian meluas daripada orang ramai.

Dalam laporan tambahan, portal berita Global Times menyatakan bahawa insiden itu telah menyebabkan majikan suami berkenaan menggantung tugasnya selepas kontroversi tersebut semakin memuncak di alam maya. – AGENSI

Mahkamah arah isteri minta maaf kepada suami

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker