Kura-kura dalam bra
Kura-kura dalam bra

WASHINGTON – Kura-kura dalam coli muncul antara barang pelik yang dirampas di pusat pemeriksaan keselamatan lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, demikian menurut agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.
Pentadbiran Keselamatan Penumpang (TSA) mengeluarkan senarai 10 barangan paling aneh itu dengan tempat pertama ialah objek seperti replika bom paip yang ditemukan di Lapangan Terbang Boise, Idaho, pada Mei 2025.
“Seorang pakar bahan letupan TSA telah dipanggil, menilai imej tersebut dan melakukan pemeriksaan beg sebelum menemui paip PVC dengan blok kayu berbalut kertas serta dilabel ‘C4’ ,” kata TSA.
Kura-kura pula ditemukan di dalam seluar seorang penumpang dan lebih banyak lagi haiwan itu yang disembunyikan di dalam coli penumpang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Antara barangan lain termasuk bilah pisau cukur yang disorokkan dalam pakaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver; dadah di dalam kasut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kona, Hawaii dan sebilah pisau di dalam pendakap lutut di Lapangan Terbang Antarabangsa Quad Cities, Illinois.
Turut ditemukan ialah sejumlah pil yang disorokkan dalam botol syampu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage; sebilah pisau dan peluru di dalam botol Nesquik di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. – AGENSI
Kura-kura dalam bra
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.