Korban tanah runtuh Kampung Pasirlangu meningkat lagi
Korban tanah runtuh Kampung Pasirlangu meningkat lagi

JAKARTA – Angka kematian bencana tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 17 orang, kata seorang pegawai bencana ketika operasi menyelamat masuk hari ketiga hari ini.
Tanah runtuh akibat hujan lebat itu menimbus sebuah kawasan perumahan di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat kelmarin dan memaksa berpuluh-puluh penduduk untuk berpindah.
“Angka korban tanah runtuh di Bandung Barat mencecah 17 orang,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan hari ini.Beliau tidak memberikan perkembangan terkini jumlah mangsa yang masih hilang. Setakat semalam, mangsa hilang dilaporkan kira-kira 80 orang.
Anggota-anggota penyelamat berkata, mereka bergerak berhati-hati kerana bimbang berlaku lagi tanah runtuh disebabkan keadaan cerun tidak stabil dan cuaca buruk.
“Apa yang paling kami takuti ialah risiko (tanah runtuh) yang berulang,” kata anggota penyelamat Rifaldi Ashabi, 25.
Beribu-ribu pekerja penyelamat terlibat dalam operasi hari ini, kata pengarah operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan(BASARNAS), Yudhi Bramantyo.
Mereka menggunakan penggalian manual untuk mencari mangsa dan telah mengerahkan jentera berat.
Bencana kelmarin berlaku selepas banjir dan tanah runtuh dahsyat melanda beberapa bahagian di Pulau Sumatra hujung tahun lalu, membunuh kira-kira 1,200 orang.
Pada bulan ini, hujan lebat melanda Pulau Siau di Indonesia, menyebabkan banjir kilat yang membunuh sekurang-kurangnya 16 orang. – AFP
Korban tanah runtuh Kampung Pasirlangu meningkat lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.