Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag merupakan satu amanah besar daripada masyarakat setempat yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab.
Beliau berkata, kemenangan tersebut membuktikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan serta perjuangan Barisan Nasional yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat dan membawa agenda pembangunan negara.
“Kemenangan ini jelas membuktikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan serta perjuangan Barisan Nasional,” katanya.
Justeru beliau yang juga Ketua Wanita UMNO berharap agar kedua-dua wakil rakyat yang dipilih, Mohd Kurniawan Naim Moktar (Ahli Parlimen Kinabatangan) dan Mohd Ismail Ayob (Miha) (Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag) dapat menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya demi kelangsungan kesejahteraan rakyat di Kinabatangan dan Lamag.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
- PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
“Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan dan pembangunan berterusan untuk rakyat,” ujar beliau.
Datuk Seri Dr. Noraini turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan dan jentera Barisan Nasional (BN) atas kejayaan tersebut, yang disifatkannya sebagai hasil usaha gigih dan semangat kerja berpasukan semua pihak.
“Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada seluruh jentera Barisan Nasional yang telah bekerja keras, berkorban tenaga dan masa demi memastikan kejayaan ini tercapai,” katanya.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kemenangan ini akan menjadi dorongan untuk BN terus memperkukuh kehadirannya di Sabah, sekali gus memperluas usaha membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat di seluruh negeri itu.
“Insya-Allah, kemenangan ini bukan sahaja tanda sokongan rakyat kepada BN, tetapi juga satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan dan kepimpinan yang berwibawa untuk masa depan yang lebih baik,” tegasnya.- UMNO Online
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.