“Kak Yah melambai-lambai minta tolong dari dalam rumah yang terbakar” – Jiran

“Kak Yah melambai-lambai minta tolong dari dalam rumah yang terbakar” – Jiran

"Kak Yah melambai-lambai minta tolong dari dalam rumah yang terbakar" - Jiran
Anggota bomba memeriksa lokasi kebakaran sebuah rumah yang menyebabkan seorang warga emas maut di Jalan Tok Guru hari ini. – NSTP/ Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Luluh hati seorang suri rumah melihat jirannya yang juga seorang warga emas meminta tolong dari dalam rumah yang sedang terbakar, namun tidak berdaya membantu disebabkan api yang marak.

Kejadian itu menyebabkan warga emas, Fatimah Mat Said, 89, atau lebih mesra dipanggil Kak Yah maut.

Anis Suriati Mohamed, 45, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika dia sedang minum petang bersama keluarga di rumah, sebelum tiba-tiba terdengar dua dentuman kuat.

“Pada mulanya, saya sangka ada orang bergaduh. Namun tidak lama kemudian saya sedar bunyi itu datang dari bumbung rumah jiran yang runtuh.

“Sebaik keluar, saya ternampak Kak Yah melambai-lambai dengan penuh cemas dari tingkap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


“Dia tinggal seorang diri. Saya dapat melihat api di belakangnya,” kata Anis mengakui situasi itu benar-benar meruntum hatinya.

Anis berkata, dia menghubungi pihak bomba, namun keadaan bertukar buruk dengan cepat.

“Saya dengar dia menjerit meminta tolong dari tingkap. Selepas itu, saya nampak dia terjatuh,” katanya dengan nada teresak-esak ketika menceritakan detik terbabit.

Menurut Anis, Kak Yah sukar untuk berjalan, berkemungkinan menghalangnya daripada menyelamatkan diri daripada rumah yang sedang terbakar.

“Saya sendiri rasa tidak berdaya. Tiada apa yang mampu saya lakukan selain berdoa dan menunggu bantuan tiba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


“Saya tidak akan pernah melupakan detik itu,” katanya.

Anis berkata, sebelum ini anak-anaknya sering mempelawa Kak yah untuk tinggal bersama disebabkan masalah kesihatan ibu mereka yang merosot termasuk penglihatannya rabun, kurang pendengaran dan sukar untuk bergerak, namun arwah menolaknya.

“Kak Yah melambai-lambai minta tolong dari dalam rumah yang terbakar” – Jiran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker