Feri bawa 342 penumpang karam

Feri bawa 342 penumpang karam

Feri bawa 342 penumpang karam
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan feri M/V Trisha Kerstin 3. – AGENSI

MANILA – Sebuah feri membawa 342 penumpang karam di selatan Filipina pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terkorban, kata seorang datuk bandar tempatan.

Setakat ini, terdapat lapan korban yang disahkan melibatkan nahas feri M/V Trisha Kerstin 3, demikian menurut catatan Facebook datuk bandar di wilayah Basilan, Arsina Laja Kahing-Nanoh.

Petugas kecemasan Basilan, Ronalyn Perez memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya 138 orang telah diselamatkan.

“Cabaran di sini adalah jumlah pesakit yang dibawa masuk. Kami kekurangan kakitangan pada masa ini,” kata Perez  sambil menambah, 18 orang telah dibawa ke sebuah hospital tempatan lain.

“Feri ini belayar dari Bandar Zamboanga menuju Pulau Jolo ketika nahas berlaku,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Pengawal Pantai Filipina berkata, pihaknya ‘aktif menyelaras’ untuk membantu stesennya di selatan Mindanao melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Negara kepulauan yang mempunyai 116 juta penduduk itu mempunyai sejarah panjang melibatkan  bencana feri.

Pada tahun 2023, lebih 30 orang terbunuh apabila sebuah feri terbakar di selatan Filipina. – AFP

Feri bawa 342 penumpang karam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker