Duda dicekup khalwat di rumah janda
Duda dicekup khalwat di rumah janda

BATU PAHAT: Seorang duda ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana didapati berkhalwat dengan janda di sebuah rumah di Parit Raja, di sini semalam.
Lelaki berusia 20-an itu ditahan selepas penguat kuasa menerima aduan kali ketiga daripada orang awam sebelum menyerbu rumah sewa terbabit pada jam 11.30 pagi.
Menurut JAINJ, sebelum ditahan, penguat kuasa menerima aduan pertama namun lelaki itu tiada di lokasi.
“Bagi aduan kedua pula, penguat kuasa keluar ke lokasi namun pengadu memaklumkan lelaki sudah keluar rumah secara terburu-buru sehinggalah aduan ketiga, barulah kami dapat menahan mereka.
“Dua orang penguat kuasa ditugaskan menjaga pintu belakang bagi mengelak mereka melarikan diri. Kira-kira lima minit kemudian, seorang lelaki memakai seluar panjang dan tidak berbaju membuka pintu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
“Selepas memperkenalkan diri dan masuk untuk membuat pemeriksaan, penguat kuasa menemukan seorang wanita sedang duduk atas sofa dengan memakai seluar panjang dan baju T,” kata MAINJ dalam kenyataan.
Apabila ditanya hubungan mereka, pasangan terbabit mengaku mereka bukan suami isteri dan hanya berdua-duaan dalam rumah itu.
Rumah disewa wanita itu. Dia tinggal berdua bersama adik perempuannya dan pasangan ini juga memberitahu sudah berkenalan sejak lebih setahun lalu.
“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997,” kata kenyataan itu.
Duda dicekup khalwat di rumah janda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.