Chong Wei bangga tiga gelaran di Masters Indonesia

Chong Wei bangga tiga gelaran di Masters Indonesia

Chong Wei bangga tiga gelaran di Masters Indonesia
CHONG WEI bangga pencapaian beregu negara di Masters Indonesia. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Tiga wakil negara yang muncul juara di Masters Indonesia, semalam, berjaya mencuri tumpuan bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang mereka.

Ketiga-tiga wakil negara itu adalah beregu campuran yang juga juara dunia 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei; beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah serta beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Untuk kali pertama, Malaysia merangkul tiga daripada lima gelaran yang dipertandingkan selepas hanya China, Jepun, Korea dan Indonesia yang pernah berjaya menjuarai tiga atau lebih gelaran di kejohanan bertaraf Super 500 dan ke atas.

Dalam hantaran di akaun media sosialnya, Chong Wei mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pasangan berkenaan dan menyifatkan persembahan mereka sepanjang kempen di Masters Indonesia sebagai sangat hebat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


“Tahniah kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Pearly Tan-M Thinaah serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (Rumsani) atas kejayaan cemerlang anda semua di Masters Indonesia 2026.

“Persembahan yang sangat hebat. Kemahiran, semangat dan ketabahan jelas terserlah. Malaysia sangat bangga. Teruskan percaya, teruskan berjuang, dan terus kibarkan jalur gemilang dengan megah.

“Syabas! Terbaik. Malaysia boleh! Terus gemilang,” katanya.

Tang Jie-Ee Wei muncul juara selepas bangkit menundukkan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 21-17, 21-11 di Istora Senayan.

Sementara itu, Pearly-Thinaah dinobatkan juara beregu wanita selepas pasangan dari Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi terpaksa menarik diri pada perlawanan akhir susulan kecederaan dialami Miyu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


Sze Fei-Izzuddin pula mempamerkan aksi bertenaga sebelum mengesahkan kemenangan straight set ke atas wakil tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-19, 21-13 dalam tempoh 37 minit.

Kejayaan itu juga menyaksikan ketiga-tiga wakil negara membawa pulang hadiah wang kemenangan sebanyak AS$39,500 (RM156,753).

Chong Wei bangga tiga gelaran di Masters Indonesia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker