Bekas PTD buat laporan polis ke atas Chegubard

Bekas PTD buat laporan polis ke atas Chegubard

Bekas PTD buat laporan polis ke atas Chegubard
Aizul menunjukkan jam tangan yang dipakai oleh Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan ketika sidang media di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. – Foto NSTP/HARI ANGGARA

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, tampil membuat laporan polis selepas maklumat peribadinya didedahkan di media sosial.

Peguam Aizul Rohan Anuar, berkata anak guamnya membuat laporan terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, selepas mengesan maklumat peribadi seperti laporan perbankan tular di laman sosial Facebook milik Ketua Bahagian BERSATU Port Dickson itu

“Chegubard sudah membuat kenyataan tidak benar dan maklumat perbankan Tan Sri Hafizuddeain yang mengandungi beberapa transaksi yang dinafikan. Penyebaran data berkenaan adalah menyalahi undang-undang di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Beliau (Hafizuddeain) turut mengesyaki kemungkinan terdapat pembabitan daripada mana-mana pegawai dari BNM, Maybank dan Bank Muamalat berkaitan pembocoran maklumat peribadi yang didakwa miliknya.

“Tan Sri juga dalam laporannya turut menafikan transaksi-transaksi dalam maklumat yang dibocorkan,” katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Pada sidang media itu, Hafizuddeain masih berada di dalam IPD Dang Wangi bagi proses merakam keterangan berhubung laporan yang dibuat.

Terdahulu, Hafizuddeain tiba di IPD Dang Wangi bersama peguamnya itu jam 12.30 tengah hari untuk membuat dua laporan polis.

Aizul berkata, anak guamnya turut bercadang untuk mengambil tindakan sivil terhadap Chegu Bard, BNM dan dua syarikat perbankan berhubung pendedahan maklumat itu.

Dalam satu lagi laporan, Hafizuddeain turut membuat laporan berhubung dirinya yang memiliki serta memakai jam tangan mewah berjenama Patek Phillipe.

Aizul menegaskan, dakwaan itu palsu dan mengelirukan kerana jam tangan itu adalah jam rasmi dikeluarkan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang tertera ‘Chief Of Army’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


“Gambar bahagian hadapan dan belakang sudah didedahkan dan membuktikan dakwaan itu adalah tidak benar dan dimanipulasikan.

“Untuk tindakan selanjutnya, kami akan menunggu hasil laporan siasatan polis dan sebarang tindakan adalah berdasarkan bukti yang bakal diperoleh.

“Dari situ kita akan tahu perkara sewajarnya yang akan dilakukan untuk kita mengambil tindakan sivil,” katanya.

Bekas PTD buat laporan polis ke atas Chegubard

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker