Bekas juara tinju dunia ditangkap guna ‘mai ngarm’

Bekas juara tinju dunia ditangkap guna ‘mai ngarm’

Bekas juara tinju dunia ditangkap guna ‘mai ngarm’
SEORANG anggota polis (dua dar kiri) memegang ‘mai ngarm’ selepas menangkap Amnat (gambar kecil). – Foto The Pattaya News/AFP

BANGKOK – Polis Thailand menggunakan ‘mai ngarm’ iaitu sejenis tiang tradisional dengan hujung bercabang untuk menundukkan dan menahan bekas juara tinju dunia kelas flyweight, Amnat Ruenroeng, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.

Dia ditangkap susulan laporan penduduk tempatan mengenai tingkah lakunya yang didakwa mengganggu, melakukan pencerobohan dan kerosakan harta benda di Moo 8, mukim Surasak.

Menurut keterangan saksi dan laporan polis, anggota-anggota pihak berkuasa pada mulanya mendekati Amnat secara aman di Jalan Bo Hin–Bor Yang, di mana dia dilihat duduk bersendirian sambil membuat isyarat dan bercakap dengan kuat.

Apabila diminta ke balai polis untuk soal siasat, dia enggan lalu melarikan diri di sepanjang jalan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Amnat kemudian mengeluarkan sebilah pisau sambil mengacu ke dadanya sendiri, sekali gus menghalang penahanannya.

Pihak polis akhirnya terpaksa menggunakan ‘mai ngarm’ untuk menahan Amnat bagi mengawal dan menangkapnya tanpa menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Sri Racha untuk siasatan lanjut atas beberapa pertuduhan, termasuk menceroboh masuk ke kediaman pada waktu malam. – AGENSI

Bekas juara tinju dunia ditangkap guna ‘mai ngarm’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker