Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar

Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar

Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag merupakan bukti nyata keyakinan rakyat terhadap perjuangan dan kepimpinan UMNO serta BN di Sabah.

Menurut beliau, kemenangan dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya menjadi pembakar semangat untuk seluruh jentera dan kepimpinan BN terus berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat.

“Kejayaan majoriti yang amat besar berbanding sebelumnya ini akan menjadi pembakar semangat untuk kita teruskan khidmat bakti dan legasi Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dengan penuh komitmen, keikhlasan dan tanggungjawab demi rakyat, demi Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera, penyokong dan pengundi BN Kinabatangan dan Lamag atas sokongan, kepercayaan serta semangat luar biasa yang ditunjukkan sepanjang tempoh kempen dan pada hari pengundian semalam.

“Sokongan ini adalah bukti keyakinan rakyat terhadap perjuangan UMNO dan Barisan Nasional untuk terus membela nasib rakyat Sabah, khususnya di Kinabatangan dan DUN Lamag,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian


Calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sri Lamag, di sini.

Calon BN bagi Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, menang dengan majoriti 14,214 undi, manakala calon BN bagi DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob atau dikenali sebagai MIHA, menang dengan majoriti 5,681 undi.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah, pada jam 10.52 Sabtu malam bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan 10.05 malam bagi PRK Lamag, selepas semua peti undi dari 36 pusat mengundi dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. – UMNO Online

Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker