Amazon laksana fasa kedua pecat ribuan pekerja
Amazon laksana fasa kedua pecat ribuan pekerja

WASHINGTON – Syarikat gergasi teknologi, Amazon merancang satu lagi pusingan pemberhentian pekerja minggu hadapan, lapor akhbar New York Post semalam ketika memetik kenyataan dua sumber yang mengetahui perkara berkenaan.
Menurut mereka, ia adalah sebahagian daripada matlamat utama untuk mengurangkan kira-kira 30,000 pekerja korporat syarikat itu.
Menurut kedua-dua sumber yang enggan nama mereka didedahkan, jumlah pemberhentian kali ini dijangka hampir sama seperti tahun lalu dan boleh bermula seawal Selasa ini
“Pekerjaan dalam unit perkhidmatan laman web, peruncitan, penstriman video dan sumber manusia syarikat itu dijangka terjejas walaupun skop penuh masih belum jelas,” kata mereka.
Kedua-dua sumber itu turut memberi amaran bahawa butiran rancangan Amazon masih boleh berubah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Pada Oktober tahun lalu, syarikat itu memberhentikan kira-kira 14,000 pekerja kolar putih, iaitu sekitar separuh daripada sasaran 30,000 kakitangan.
Syarikat peruncitan dalam talian yang berpangkalan di Seattle, Amerika Syarikat itu mengaitkan pusingan pemberhentian pekerja tahun lalu susulan peningkatan penggunaan perisian kecerdasan buatan (AI).
Jurucakap Amazon bagaimanapun enggan mengulas mengenai rancangan pemberhentian terbaharu itu.
Keseluruhan 30,000 kakitangan itu akan mewakili sebahagian kecil daripada 1.58 juta kakitangan Amazon, tetapi mewakili hampir 10 peratus tenaga kerja korporat syarikat tersebut.
Ia akan menjadi pemberhentian pekerja terbesar dalam sejarah tiga dekad Amazon selepas syarikat itu mengurangkan kira-kira 27,000 kakitangan pada 2022. – AGENSI
Amazon laksana fasa kedua pecat ribuan pekerja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.