Ajar orang tunggang basikal mampu jana pendapatan RM155,000

Ajar orang tunggang basikal mampu jana pendapatan RM155,000

Ajar orang tunggang basikal mampu jana pendapatan RM155,000
GAMBAR fail seorang lelaki (kanan) mengayuh basikal di Beijing. – Foto AFP

BEIJING – Seorang pelajar sarjana di Shanghai memperoleh pendapatan sebanyak 270,000 yuan (RM155,000) sepanjang dua tahun lalu dengan mengajar orang dewasa cara menunggang basikal, lapor laman berita VnExpress semalam.

Menurut laman berita South China Morning Post, Li Longshun yang mengambil jurusan pendidikan sukan di Universiti Sukan Shanghai berkata, dia telah mengajar kira-kira 700 individu berusia antara empat hingga 68 tahun.

Kebanyakan pelajarnya berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an, dengan kira-kira 70 peratus adalah wanita.

Dia pernah memperoleh sehingga 2,100 yuan (RM1,200) dalam sehari.

Longshun berkata, idea tersebut tercetus beberapa tahun lalu apabila dia dan seorang rakan menyedari tentang kekurangan khidmat pengajaran menunggang basikal secara profesional, khusus untuk orang dewasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Pada mulanya, mereka merancang untuk memulakan perniagaan bersama, namun kerjasama itu berakhir selepas rakannya memperoleh pekerjaan tetap di Shanghai.

Longshun kemudiannya meneruskan usaha itu secara bersendirian, bermula dengan berkongsi video pengajaran di media sosial yang dengan pantas menarik perhatian ramai.

“Ramai orang takut menunggang basikal kerana kesan psikologi akibat terjatuh semasa zaman kanak-kanak,” katanya. – AGENSI

Ajar orang tunggang basikal mampu jana pendapatan RM155,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker