4 warga Israel dicekup sertai parti dadah
4 warga Israel dicekup sertai parti dadah

BANGKOK – Polis Pelancong Thailand menyerbu sebuah vila mewah di Pulau Pha-ngan, Surat Thani, awal pagi semalam dan menahan empat warga Israel, lapor portal berita Thai PBS World.
Keempat-empat orang itu ditangkap polis selepas beberapa jenis dadah terlarang, termasuk pil ekstasi (MDMA) ‘Labubu’ ditemukan berada dalam simpanan mereka.
Bertindak atas maklumat daripada penduduk setempat yang mengadu mengenai muzik kuat dan kunjungan kerap orang tidak dikenali ke premis berkenaan, polis mengesyaki berlakunya aktiviti haram sebelum mendapatkan waran geledah.
Semasa pemeriksaan di rumah tersebut, polis menemui pelbagai jenis dadah terlarang, termasuk kokain dan pil ekstasi yang bertaburan di atas meja serta di lantai.
Lebih banyak dadah turut ditemui dan dirampas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Polis mendakwa keempat-empat warga Israel tersebut, berusia antara 27 hingga 29 tahun dan parti itu dianjurkan hanya untuk pelancong asing.
Kesemua suspek dibawa ke balai polis di pulau tersebut dan mereka berdepan pertuduhan memiliki serta mengedar dadah terlarang.
Polis memaklumkan bahawa visa semua suspek akan dibatalkan dan mereka akan disenaraihitamkan. – AGENSI
4 warga Israel dicekup sertai parti dadah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.