26 ditahan menerusi Ops Noda di Johor
26 ditahan menerusi Ops Noda di Johor

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 26 individu dalam operasi ‘Op Noda’ yang dijalankan di Iskandar Puteri bermula Sabtu hingga semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, operasi itu dijalankan di lima premis hiburan dan tiga pusat urut di sekitar Taman Bukit Indah, Mutiara Rini, Nusa Bestari serta Iskandar Puteri di sini.
Menurutnya, operasi dijalankan polis daerah Iskandar Puteri bersama pasukan d7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
“Hasil serbuan, 26 individu ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk enam lelaki warga tempatan, seorang wanita warga tempatan dan empat wanita warga Myanmar dan masing-masing dua wanita warga Vietnam serta Thailand.
Turut ditahan, lima wanita warga China, seorang lelaki warga China, tiga lelaki warga Myanmar serta dua lelaki warga Vietnam. Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 58 tahun,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
- UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
Beliau berkata, hasil semakan mendapati seramai lima individu yang ditahan turut
mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah.
Menurutnya, ia termasuk seorang memiliki rekod masih dikehendaki bersabit kes 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hasil ujian saringan air kencing seorang didapati positif dadah jenis ‘meth’.
Katanya, menerusi kenyataan media hari ini, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,616 dalam serbuan yang dilakukan.
26 ditahan menerusi Ops Noda di Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.