15 terkorban, 28 masih hilang
15 terkorban, 28 masih hilang

MANILA – Sebuah feri membawa lebih 350 orang karam di selatan Filipina keram hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dan 28 masih hilang, kata Pengawal Pantai.
Feri MV Trisha Kerstin 3 menghantar isyarat kecemasan sekitar pukul 1.50 pagi (3.50 pagi waktu Malaysia), kira-kira empat jam selepas meninggalkan Pelabuhan Bandar Zamboanga di hujung barat daya Pulau Mindanao.
“Sebuah pesawat Pengawal Pantai dalam perjalanan untuk membantu operasi menyelamat. Tentera Laut dan Tentera Udara juga menghantar aset masing-masing,” kata Dua yang berpangkalan di selatan Mindanao.
Feri itu tenggelam kira-kira 5 kilometer ke timur Pulau Baluk-Baluk, sebahagian daripada kepulauan Basilan di luar semenanjung Zamboanga.
Video disiarkan Pengawal Pantai Filipina menunjukkan mangsa terselamat ditarik keluar dari permukaan laut dan menerima rawatan perubatan.
“Kami tidak dapat menyatakan punca nahas buat masa ini tetapi kami telah diarahkan untuk menjalankan siasatan,” kata Dua.
“Setakat ini, kami hanya menumpukan kepada operasi menyelamat.”
Negara kepulauan dengan 116 juta penduduk itu mempunyai sejarah panjang bencana melibatkan feri.
Ramai bergantung pada bot dan kapal murah yang kurang dikawal selia untuk pengangkutan antara lebih 7,000 pulau di Filipina walaupun kerap berlaku kemalangan.
Pada 2023, lebih 30 orang terbunuh apabila sebuah feri terbakar di selatan Filipina.
15 terkorban, 28 masih hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina: Kejayaan Di Kinabatangan Dan Lamag Teruskan Legasi Bung Moktar
- Wan Rosdy: Kemenangan BN Bukti Amanah Rakyat Terus Dipikul
- Pelbagai Program Diatur, Pastikan Manfaat Untuk Masyarakat Setempat – Maslin Sham
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini
You must be logged in to post a comment.