Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid
Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag atas mandat yang telah diberikan dalam pilihan raya kecil kawasan berkenaan hari ini.
“Syukur Alhamdulillah, keputusan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan kepimpinan serta kestabilan yang diharapkan untuk kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi perkongsian di Facebooknya.
Beliau yang juga Presiden UMNO seterusnya menegaskan kemenangan Naim Kurniawan Moktar di Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob (MIHA) di DUN Lamag merupakan satu amanah besar untuk diteruskan dengan penuh tanggungjawab.
“Kemenangan ini bukan sekadar kejayaan politik, tetapi satu penerusan legasi khidmat Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, yang sepanjang hayatnya meletakkan Kinabatangan dan Lamag sebagai keutamaan perjuangan,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
Datuk Seri Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional serta rakan-rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah yang telah bekerja keras memastikan kemenangan tersebut.
“Kejayaan ini adalah hasil semangat muafakat, kesetiaan dan kerja berpasukan seluruh jentera BN bersama rakyat di akar umbi. Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh khidmat bakti untuk rakyat Kinabatangan dan Lamag,” tambahnya.
Calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sri Lamag, di sini.
Calon BN bagi Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, menang dengan majoriti 14,214 undi, manakala calon BN bagi DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob atau dikenali sebagai MIHA, menang dengan majoriti 5,681 undi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah, pada jam 10.52 malam bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan 10.05 malam bagi PRK Lamag, selepas semua peti undi dari 36 pusat mengundi dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. – UMNO Online
Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.