Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
Beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil kerja keras seluruh jentera yang komited memastikan kemenangan memihak kepada Barisan Nasional.
“Alhamdulillah, calon BN berjaya mencatat kemenangan di PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Terima kasih kepada seluruh jentera Barisan Nasional yang bertungkus lumus siang dan malam demi memastikan segala gerak kerja berjalan lancar agar mendapat kejayaan di PRK kali ini.
”Tahniah kepada YB Datuk Jafry Ariffin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, yang buat pertama kali sebagai nakhoda utama jentera parti pada PRK kali ini yang membawa kepada kemenangan bergaya buat calon BN,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), seluruh jentera GRS serta jentera parti-parti Kerajaan Perpaduan Malaysia atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang PRK ini.
Ujar beliau lagi, semoga kebersamaan ini terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Sabah.
”Tahniah buat YB Mohd Kurniawan Naim Moktar yang dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan YB Mohd Ismail Ayob yang secara rasmi dipilih sebagai ADUN Lamag. Selamat berkhidmat, memikul amanah rakyat dengan penuh tanggungjawab dan meneruskan legasi kepimpinan hebat Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin,” tambahnya.
Calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sri Lamag, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Calon BN bagi Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, menang dengan majoriti 14,214 undi, manakala calon BN bagi DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob atau dikenali sebagai MIHA, menang dengan majoriti 5,681 undi.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah, pada jam 10.52 malam bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan 10.05 malam bagi PRK Lamag, selepas semua peti undi dari 36 pusat mengundi dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. – UMNO Online
Alhamdulillah….BN Kekalkan Kemenangan Di Parlimen Kinabatangan & DUN Lamag – SUA UMNO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.