Zverev terus buru gelaran Grand Slam pertama

Zverev terus buru gelaran Grand Slam pertama

Melbourne: Alexander Zverev terus menghidupkan impiannya untuk merangkul gelaran Grand Slam pertama apabila menewaskan pemain Britain, Cameron Norrie 7-5, 4-6, 6-3, 6-1 untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Australia.

Pemain pilihan ketiga itu, yang muncul naib juara di Melbourne tahun lalu selepas tewas kepada Jannik Sinner, sekali lagi mempamerkan ketenangan meskipun kehilangan satu set buat perlawanan ketiga berturut-turut.

Zverev terus buru gelaran Grand Slam pertama
ZVEREV berada di landasan terbaik untuk cipta sejarah. FOTO AFP

Zverev, yang masih belum pernah menang perlawanan akhir Grand Slam selepas tiga percubaan, merekodkan 52 pukulan kemenangan berbanding 29 kesilapan, selain memenangi 72 peratus mata menerusi servis pertama dalam perlawanan selama dua jam 46 minit itu.

“Saya rasa pukulan forehand saya sangat baik hari ini. Pukulan itu boleh menentukan sama ada saya menang atau kalah,” kata Zverev, yang kini mendahului rekod pertemuan 7-0 ke atas Norrie.

Menanti Zverev di pusingan keempat adalah pemain Argentina pilihan ke-18, Francisco Cerundolo, yang menyingkirkan pilihan ke-13 dari Rusia, Andrey Rublev 6-3, 7-6(4), 6-3.

Kemenangan itu menyaksikan Alcaraz menyamai rekod legenda Sweden, Bjorn Borg, dengan catatan 87 kemenangan daripada 100 perlawanan pertama Grand Slam dalam Era Terbuka.

Pemain Australia pilihan keenam, Alex de Minaur turut mara selepas menewaskan Frances Tiafoe 6-3, 6-4, 7-5 dan bakal berdepan pemain Kazakhstan, Alexander Bublik.

Dua pemain Amerika Syarikat, Tommy Paul dan Learner Tien juga melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Zverev terus buru gelaran Grand Slam pertama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker