UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar

UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar

UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar

KUALA LUMPUR, 23 Jan — UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) yang dijadualkan sebelum ini di Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pendirian parti itu jelas bahawa UMNO tidak menentang pembangunan bandar, namun menegaskan RUU URA perlu diperbaiki dan ditambah baik sebelum dibentangkan semula.

Menurut beliau, beberapa pindaan dan penambahbaikan perlu diperhalusi, selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Untuk makluman, Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA telah melaksanakan beberapa siri libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan, termasuk menganjurkan Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil konvensyen dan libat urus tersebut telah membawa kepada kelulusan sebanyak 14 syor cadangan penambahbaikan terhadap RUU URA bagi memastikan kepentingan rakyat, khususnya pemilik dan penduduk asal kawasan terlibat, terus dilindungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


Sehubungan itu, UMNO menegaskan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu selepas semua cadangan penambahbaikan berkenaan diambil kira secara menyeluruh.

“Pendekatan berhati-hati ini penting bagi memastikan agenda pembaharuan bandar dapat dilaksanakan secara adil, seimbang dan berteraskan kepentingan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker