Rosenior nafi Palmer tidak selesa di London
Rosenior nafi Palmer tidak selesa di London

London: Chelsea menegaskan Cole Palmer kekal gembira bersama kelab itu biarpun timbul laporan mendakwa pemain berusia 23 tahun berkenaan berasa rindu kampung halaman, kata pengurus pasukan, Liam Rosenior.
Palmer yang berasal dari Manchester menyertai Chelsea pada 2023 dari Manchester City dan pantas muncul sebagai tonggak utama The Blues sepanjang dua musim pertamanya di ibu kota England.
Namun musim ini, impak pemain antarabangsa England itu agak terhad selepas dia dibelenggu beberapa masalah kecederaan.
“Saya sudah banyak kali berbincang dengan Cole dan dia nampak sangat gembira berada di sini.
“Dia sebahagian besar daripada perancangan jangka panjang kami. Dia pemain luar biasa. Setiap pemain akan melalui fasa sukar dalam karier, terutama dari segi kecederaan. Ia langsung tidak mencerminkan kualitinya,” kata Rosenior
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
Palmer menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dan beraksi penuh 90 minit ketika Chelsea menewaskan Brentford 2-0 hujung minggu lalu.
Namun, dia tidak disenaraikan dalam skuad kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Pafos susulan kecederaan pangkal paha yang masih belum pulih sepenuhnya.
Palmer kini sudah kembali menjalani latihan dan berpeluang diturunkan dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada esok, namun Rosenior memberi bayangan minit permainannya masih akan dihadkan sehingga dia benar-benar cergas.
“Tugas saya dan kelab adalah memastikan dia berada pada tahap di mana dia boleh beraksi secara konsisten pada tahap yang dia mahukan. .
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
“Ada kekecewaan dalam perlawanan menentang Brentford, bukan kerana dia tidak gembira, tetapi kerana dia bermain dalam keadaan kesakitan dan tidak mampu mempamerkan prestasi terbaik untuk pasukan.
“Dia pemain muda yang baik, tetapi kami perlu menjaganya dengan cara yang betul. Sebab itu saya tidak menurunkannya dalam perlawanan terakhir,” tambah Rosenior
Rosenior nafi Palmer tidak selesa di London
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.