PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan

PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan

PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan

KINABATANGAN, 23 Jan – Kerajaan sentiasa komited menyantuni masyarakat desa dan meletakkan kesejahteraan rakyat luar bandar sebagai tanggungjawab nombor satu.

Pengerusi RISDA, Mandzri Nasib berkata, komitmen itu dizahirkan menerusi penganjuran bersama RISDA, FELCRA dan MARA dalam satu pertemuan bersama Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW di Kinabatangan, yang bertujuan menyantuni rakyat, mendengar permasalahan setempat serta menzahirkan tekad Kerajaan untuk terus bersama masyarakat desa.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara, Kinabatangan yang mempunyai keluasan hampir menyamai negeri Pahang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk melengkapkan keperluan asas, khususnya berkaitan pembangunan infrastruktur.

Namun begitu katanya, Kerajaan Persekutuan dan Negeri kekal komited untuk meningkatkan usaha secara berterusan demi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


“Komitmen berterusan Kerajaan dalam meningkatkan usaha pembangunan luar bandar adalah langkah tepat dan realistik, selaras dengan keperluan sebenar rakyat di kawasan yang luas seperti Kinabatangan dan Lamag,” ujarnya.

Dalam hal ini, Manndzri menegaskan bahawa rakyat wajar terus memberi sokongan kepada Kerajaan dan pasukan Kerajaan agar kepimpinan sedia ada dapat terus menerajui Kinabatangan dan Lamag.

PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan

“Sokongan tersebut penting bagi memastikan kesinambungan usaha pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan dengan pacuan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.”

Tambahnya, kestabilan politik dan sokongan rakyat akan menjadi faktor utama bagi memastikan agenda pembangunan desa dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala PRK DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Ismail Ayob dan calon Warisan Mazliwati Abdul Malek.

PRK berkenaan diadakan susulan pemergian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember 2025. – UMNO Online

PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker