Polis raba gadis mengaku ‘tidak sengaja’
Polis raba gadis mengaku ‘tidak sengaja’

BANGKOK – Seorang pegawai polis yang hampir bersara di Thailand membayar pampasan selepas didakwa meraba payudara seorang remaja berumur 14 tahun ketika di bawah pengaruh alkohol, lapor portal berita Thaiger.
Kejadian berlaku di Bueng Samphan, wilayah Phetchabun, baru-baru ini.
Dalam temu bual bersama stesen penyiaran Channel 7, ibu mangsa berkata, anak perempuannya sedang duduk bersendirian di meja makan sebuah kedai sambil menggunakan telefon bimbit.
“Pegawai polis itu menghampiri anak saya dan meminta kad pengenalannya tetapi mangsa tidak memilikinya semasa kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
“Dia kemudian menyentuh beberapa bahagian termasuk payudara. Saya menyaksikan kejadian itu dan pelaku berada di bawah pengaruh alkohol,” kata ibu mangsa.
Ibu mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Bueng Samphan.
Pegawai polis berkenaan merupakan seorang kapten yang baru berpindah ke balai itu dan akan bersara tahun depan.
Pelaku membuat permohonan maaf kepada mangsa dan ibunya. – AGENSI
Polis raba gadis mengaku ‘tidak sengaja’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.