Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Konsep Rumah Bangsa yang lahir daripada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 lalu perlu disambut dengan hati terbuka oleh semua pihak dengan mengenepikan fahaman politik kepartian.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, PAU 2025 itu berjaya menetapkan satu hala tuju baharu parti termasuklah mengenai isu kebersamaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.

 

“PAU 2025 menyaksikan suhu politik tanah air kembali memuncak apabila beberapa persoalan penting telah terjawab khususnya mengenai pendirian UMNO dalam isu kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan dan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

“Pihak lawan menanti dengan penuh debaran apabila program pemanas PAU yang dimulakan dengan Konvensyen Pemuda. Konvensyen memutuskan agar diwujudkan semula Muafakat Nasional (MN) dan UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan, kembali bersama Pas.

“Mereka tentunya kecewa apabila ketegangan tersebut dapat dikendurkan dengan kebijaksanaan pencak silat Presiden UMNO yang telah berjaya mematahkan jurus dari pelbagai arah dengan ilmu mantiq tersusun indah tanpa menggunakan tenaga fizikal berlebihan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


“Ini kerana kita semua tahu taktik kotor yang dimainkan oleh pihak lawan untuk memecahbelahkan Kerajaan Perpaduan dengan menghasut UMNO. Dengan sedikit sahaja curahan minyak ke dalam api yang sedang marak sudah pasti akan mengakibatkan kemusnahan besar jika tidak ditangani secara bijaksana,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bangi berkata, UMNO merupakan parti terbesar dan tetap memayungi orang Melayu dari zaman kemerdekaan meskipun ada parti lain cuba mengambil alih fungsi parti keramat ini.

“Hakikat bahawa UMNO merupakan parti terbesar yang menaungi kepentingan Melayu sejak zaman sebelum sehingga mencapai kemerdekaan dan diteruskan selama hampir tujuh dekad membangunkan negara, tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

“Walaupun ada usaha untuk mengambil alih peranan UMNO ini, nampaknya usaha mereka tidak sampai ke mana. Perisytiharan Presiden untuk mewujudkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi mengajak semua umat Melayu bersatu di bawah satu wadah tanpa mengira fahaman politik serta merentasi perbezaan pendapat merupakan suatu idea agung (Great Ideas). Ia sepatutnya disambut oleh semua pihak dengan hati yang terbuka dan berlapang dada dengan mengenepikan fahaman politik kepartian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


“Kenapa susah sangat untuk kita mengenepikan fahaman politik kepartian buat seketika bagi kita melihat kembali di mana kedudukan kita pada masa kini? Bangsa lain telah jauh meninggalkan kita dari segi penguasaan politik, ekonomi dan pendidikan akibat perpecahan kita. Jika orang Melayu terus berpecah nescaya kita akan kian lemah dan akan terus hilang kedaulatan serta kekuasaan di tanah air kita sendiri,” katanya lagi.

 

Mengulas lanjut, beliau berharap agar rakyat memberikan penilaian yang adil kepada UMNO dengan melihat semula jasa parti ini ketika memerintah negara.

“Tiada untungnya orang Melayu apabila UMNO yang telah banyak berjasa ditumbangkan sejak 2018. Apakah parti Melayu lain yang mengambil alih kerusi UMNO berjaya melakukan yang lebih baik untuk rakyat dan negara? Inilah persoalan yang perlu dijawab secara jujur oleh semua bangsa Melayu jika ingin negara ini diperintah mengikut acuan Bangsa Melayu berteraskan agama Islam.

“Berilah penilaian yang adil kepada UMNO setelah melihat zaman pemerintahannya berbanding parti-parti lain sama ada telah dan sedang menerajui pemerintahan negara. Bak kata Presiden, janganlah kita tergelincir kerana terpijak kulit pisang yang sama dua kali,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker