Nwaneri perlu minit permainan di Marseille – Arteta
Nwaneri perlu minit permainan di Marseille – Arteta

London: Arsenal percaya perpindahan secara pinjaman Ethan Nwaneri ke Marseille bakal menjadi titik penting dalam perkembangan karier pemain muda itu, kata pengurus pasukan, Mikel Arteta.
Nwaneri, 18, menyertai gergasi Perancis itu hingga akhir musim selepas bergelut mendapatkan minit permainan bersama Arsenal yang kini memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.
Pemain muda itu meledak sembilan gol musim lalu dalam kempen cemerlangnya, sekali gus memperoleh kontrak baharu selama lima tahun di Stadium Emirates.
Namun, dia tidak pernah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam EPL musim ini sebelum berhijrah ke selatan Perancis.
“Pemain muda berbakat yang kami ada perlukan minit permainan dan Ethan tidak mendapatkannya secukupnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
“Ada rasa takut dan tidak selamat untuk keluar dari zon selesa yang sudah lama menjadi tempatnya.
“Tetapi akhirnya, anda perlu ‘dicampak ke dalam lautan’ dalam suasana bola sepak yang hebat, dan ia akan menjadikannya pemain yang jauh lebih baik,” kata Arteta.
Arteta berkata, pengalaman positif William Saliba yang pernah dipinjamkan ke Marseille sebelum muncul tonggak pertahanan Arsenal, selain kehadiran jurulatih Roberto De Zerbi, turut mempengaruhi keputusan Nwaneri.
“Perkara terakhir yang kami mahu lakukan adalah menyekat perkembangannya kerana dia memiliki bakat besar. Dia hidup dan bernafas dengan bola sepak, itu kehidupannya.
“Dengan semua pilihan yang ada, pengalaman kami di Marseille bersama William dan fakta bahawa Roberto berada di sana, yang terkenal sebagai pembangun bakat muda dan gaya permainan berani, menjadikan ini pengalaman terbaik buat Ethan,” tambah Arteta.
Nwaneri perlu minit permainan di Marseille – Arteta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.