Madison kekal tenang dalam cuaca panas, mara ke pusingan keempat
Madison kekal tenang dalam cuaca panas, mara ke pusingan keempat

Melbourne: Juara bertahan Terbuka Australia, Madison Keys meningkatkan tahap permainannya dalam cuaca panas terik di Melbourne Park untuk menewaskan Karolina Pliskova 6-3, 6-3 dan mara ke pusingan keempat kejohanan itu.
Dalam keadaan cuaca diramal mencecah 40 darjah Celsius, pemain Amerika Syarikat itu bernasib baik beraksi awal di Rod Laver Arena dan mengelak suhu paling ekstrem apabila menundukkan lawannya dalam masa 75 minit.
Pemain pilihan kesembilan itu akan berdepan rakan senegara, Jessica Pegula pada pusingan 16 terbaik selepas pilihan keenam itu turut melangkah mudah dengan kemenangan 6-3, 6-2 ke atas Oksana Selekhmeteva di Margaret Court Arena.
Madison dan Jessica yang berpangkalan di Florida dikenali sebagai sahabat rapat di luar gelanggang dan turut mengendalikan podcast tenis bersama Jennifer Brady dan Desirae Krawczyk.
Kedua-dua pemain mengakui tidak menghadapi masalah dengan keadaan cuaca, meskipun suhu melebihi 31 darjah Celsius sebelum tengah hari.
“Saya teruja dengan cuaca panas, sebagai orang Florida,” kata Madison di gelanggang.
Madison turut mendedahkan dia dan Jessica sepatutnya merakam episod podcast sebelum pertemuan mereka.
Namun, persahabatan itu akan diketepikan apabila kedua-duanya bertemu dalam beberapa hari lagi.
Madison kekal tenang dalam cuaca panas, mara ke pusingan keempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.