Kepulangan Calafiori, Hincapie suntik semangat Arsenal

Kepulangan Calafiori, Hincapie suntik semangat Arsenal

Kepulangan Calafiori, Hincapie suntik semangat Arsenal
ARTETA turut waspada ancaman United di bawah kendalian Carrick. FOTO Reuters

London: Arsenal menerima suntikan positif menjelang pertemuan menentang Manchester United awal pagi Isnin apabila Riccardo Calafiori dan Piero Hincapie kembali menjalani latihan, namun pengurus pasukan, Mikel Arteta tetap berwaspada dengan peningkatan intensiti lawan di bawah kendalian Michael Carrick.

United mencuri tumpuan apabila menewaskan pasukan tangga kedua, Manchester City 2-0 minggu lalu di bawah bimbingan pengurus sementara, Carrick, sekali gus membolehkan Arsenal melebarkan jurang tujuh mata di puncak liga.

Arteta mengakui United kini memberi cabaran berbeza berbanding kemenangan tipis 1-0 Arsenal dalam pertemuan Ogos lalu.

“Ya, dengan kehadiran Michael, sudah tentu akan ada idea baharu dan peningkatan intensiti. Anda boleh lihat dalam aksi tetangga Manchester dari segi sikap dan cara mereka bermain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat


“Kami jangkakan perlawanan sukar, namun kami akan menyesuaikan diri. Kami beraksi di laman sendiri dan kami tahu betapa pentingnya perkara itu buat kami,” kata Arteta kepada pemberita.

Arteta bagaimanapun masih belum pasti sama ada Calafiori, yang diketepikan sejak bulan lalu akibat kecederaan otot, dan Hincapie yang mengalami kecederaan pangkal paha awal bulan ini, bersedia memperkuatkan benteng pertahanan Arsenal hujung minggu ini meskipun kembali berlatih.

“Kami masih ada satu lagi sesi latihan, jadi kita akan lihat selepas itu,” katanya.

Di bahagian serangan, Gabriel Jesus dan Viktor Gyokeres bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama selepas kedua-duanya mempamerkan aksi meyakinkan ketika kemenangan 3-1 Liga Juara-Juara ke atas Inter Milan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


Jesus menjaringkan dua gol, manakala Gyokeres turut mencatat nama sebagai penjaring.

“Kami memang menantikan situasi ini dengan jumlah perlawanan yang padat. Mereka semua akan mendapat peluang dan minit permainan, jadi ia bagus untuk memilikinya kembali, lebih-lebih lagi dalam prestasi yang baik,” kata Arteta.

Kepulangan Calafiori, Hincapie suntik semangat Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker