Insiden baling botol, Chelsea didenda FA
Insiden baling botol, Chelsea didenda FA

London: Chelsea didenda £150,000 (RM812,000) selepas satu botol plastik dibaling dari kawasan teknikal pasukan itu ke arah pegawai Aston Villa.
Insiden berlaku ketika Villa menang 2-1 di Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris bulan lalu, menurut kenyataan Persatuan Bolasepak England (FA).
Badan pengawal selia bebas mengenakan denda itu selepas Chelsea mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan, kata FA.
Chelsea didakwa awal bulan ini susulan insiden pada 27 Disember lalu, apabila botol plastik, yang menurut laporan media mengandungi air, dibaling ketika Villa sedang meraikan kemenangan mereka.
“Saya dimaklumkan mengenai satu dakwaan bahawa seorang individu yang tidak dikenali dari kawasan teknikal Chelsea membaling sebotol minuman plastik ke arah kawasan teknikal Aston Villa,” tulis pengadil, Stuart Atwell, dalam laporannya berhubung insiden berkenaan.
Chelsea yang kini berada di tangga keenam liga akan berkunjung ke Selhurst Park untuk menentang Crystal Palace esok, manakala Villa yang menghuni tangga ketiga bertandang ke gelanggang Newcastle United.
Insiden baling botol, Chelsea didenda FA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.