Coco kekal konsisten di Melbourne
Coco kekal konsisten di Melbourne

Melbourne: Pilihan ketiga, Coco Gauff bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan rakan senegara, Hailey Baptiste 3-6, 6-0, 6-3 sekali gus mara ke pusingan keempat Terbuka Australia.
Coco memerlukan satu jam 50 minit untuk memastikan kemenangan itu, yang juga kemenangan ke-77 dalam kejohanan Grand Slam daripada 100 perlawanan.
Dalam kalangan pemain aktif, hanya Venus Williams (85) dan Iga Swiatek (83) memiliki lebih banyak kemenangan Grand Slam.
Set pertama menjadi detik yang mahu dilupakan Coco.
Selepas mematahkan servis Coco pada permainan pembukaan, Hailey segera menyamakan kedudukan pada permainan berikutnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
Coco tidak mencatat sebarang pukulan kemenangan dan melakukan 11 kesilapan dalam set itu.
Bagaimanapun, Coco menyapu bersih set kedua, termasuk mematahkan servis Hailey dalam satu permainan selama 14 minit yang berlarutan sehingga deuce tujuh kali untuk mendahului 4-0.
“Ketika servis, saya cuba agresif dan tidak terlalu pasif,” kata Coco.
“Ada beberapa ketika saya mungkin terlalu pasif, jadi saya cuba mencari keseimbangan itu.”
Coco menamatkan set ketiga selepas mematahkan servis untuk mendahului 4-2, sambil memuji usaha Hailey.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
“Saya sudah kerap melihat dia bermain, tetapi suasananya berbeza apabila turun ke gelanggang. Dia bermain dengan gaya yang berbeza berbanding pemain lain, jadi saya cuba menyesuaikan diri,” katanya.
Di pusingan 16 terbaik, Coco akan bertemu pemain Republik Czech pilihan ke-19, Karolina Muchova yang menewaskan Magda Linette 6-1, 6-1.
Coco kekal konsisten di Melbourne
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK: Manndzri Seru Rakyat Terus Sokong Kerajaan Demi Kelangsungan Pembangunan
- Pasca-PAU: Konsep Rumah Bangsa Perlu Disambut, Ketepi Fahaman Politik Kepartian
- PRK Kinabatangan, Lamag: SWP Komited Bantu Golongan Memerlukan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sambut Baik Penarikan Balik Pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar
You must be logged in to post a comment.